Hangat (Buku 4 Perjanjian Darah). Amy BlankenshipЧитать онлайн книгу.
manusia tiada kesan pada paranormal.
Walaupun haiwan jadian memulih sangat cepat... ia tidak bermaksud kecederaannya tidak kekal... atau boleh membunuh. Dia rasa Micah bernasib baik jika dapat selamat dari jangkitannya.
Dia memandang di sisi matanya ke Michael, yang belum keluar dan duduk tidak bergerak di kerusi. Puan Tully memutuskan untuk membiarkannya. Dia memandang tinggi pada Michael dan jika dia mahu tinggal di situ dia tidak akan memaksanya pergi. Dia antara yang selalu jumpanya tapi selalunya untuk membawa orang yang parah, bukan kecederaannya sendiri.
Dengan mengeluh, Puan Tully mengemas perkakasannya dan berdiri. Dengan mengangguk sedikit ke arah Michael, dia senyap-senyap keluar bilik itu.
Michael tahu ianya masa untuk pergi... dia cuma menunggu untuk kemarahannya berkurangan. Alicia menyusahkan, tapi Damon tidak sepatutnya bawa dia ke tengah-tengah adegan tembak menembak seperti itu. Dia masih boleh nampak riak posesif di muka Damon bila memeluk Alicia dan mushkil jika sejarah sedang bersedia untuk berulang.
Pandangannya kembali ke apa yang tinggal pada Micah dan gambaran tangisan Alicia semasa memegang tangan abangnya kembali menghantuinya. Satu lagi gambaran terpampar di mindanya... gambaran Dean mengambil tangannya dan meletakkannya ke Kane untuk menyelamatkannya dari mati. Antara dia dan Dean... kecederaan Kane pulih di hadapan mereka.
Michael tidak pernah terfikirkannya, tapi dia pernah nampak Syn berbuat seperti itu di masa lampau. Ada satu masa yang tertentu yang menonjol di minda Michael... begitu lama dahulu sehingga dia hampir lupakannya.
Ianya semasa salah satu dari yang banyak rombongan perjalanan mereka dan mereka terjumpa seorang budak yang cedera. Dia tersenyum lembut bila teringat reaksi Damon dan Kane pada gadis kecil itu. Satu dari kakinya patah dan dia ada beberapa luka yang dalam pelbagai tahap pemulihan.
Budak itu kata dia terjatuh tapi mereka tahu tiada apa di situ yang boleh menyebabkan kecederaan seperti itu. Bila Damon melutut di hadapannya untuk mencungkil kebenaran, Syn menolak Damon pergi dan berkata, "Kamu tidak buat begitu pada budak yang suci".
Mereka cuba membantu budak itu pulang ke rumah tapi dengan cepat terhidu ketakutan dalam dirinya. Tapi, ia bukan takut pada mereka, tapi takut untuk pulang ke rumah yang membuatkan jantung gadis kecil itu berdegup. Walaupun budak itu tidak kata apa-apa, Michael tahu penjaga budak itu yang menyebabkan kecederaan itu... bukan sahaja kaki yang patah.
Syn tidak berkata apa-apa pada budak itu mengenainya dan mengesat air matanya. Tetapi, dia bertanya mengenai adik beradiknya dan budak itu menjawab tiada. Dia mula bercerita tentang neneknya yang tinggal di pergunungan dan matanya bersinar dengan sayang sebagai cucu.
Semasa dia bercakap, Syn meletakkan tangannya tepat di kakinya yang patah. Bila dia habis bercerita, bukan sahaja kakinya sembuh tapi semua luka-lukanya juga hilang. Masa itulah Michael terkejut dengan Syn. Sementara Kane mengangkat gadis kecil itu ke pangkuannya dan bermain dengannya, Syn melangkah dekatnya dan Damon.
Melihat pada Damon dia berkata, "Kamu jangan ganggu minda seorang budak... kecuali masa ini. Dia tidak perlu ingat tentang tentang deraan yang dilaluinya, tapi dia ingat kematian mereka". Matanya menjadi sejuk dan menambah, "Ianya kerana api". Dengan itu, Syn berpusing dan berjalan di lorong yang jelas ke arah rumah gadis kecil itu.
Kane tidak berahsia yang dia mahu bela gadis itu dan membesarkannya... dia selalu sayangkan kanak-kanak. Mereka semua pun sayang tapi Kane yang paling teruk. Dia akan beli seluruh kedai mainan untuk mereka jika dia mahu... dan ia pernah terjadi... beberapa kali. Walaupun begitu, Syn mendesak buat perkara betul dan membawanya pulang ke rumah neneknya.
Bila matahari terbit keesokan harinya, desas desus di kampung itu mengatakan ada rumah terbakar hingga rentung. Mayat lelaki dan wanita dijumpai tapi anak gadis kecilnya, hilang.
Empat orang itu cepat-cepat meninggalkan kampung itu menaiki kuda, menuju ke tempat yang sekarang dinamakan Swiss Alps. Selepas menghantar gadis kecil itu ke keluarga angkatnya, Syn memberikan nenek itu sepucuk surat dan sekarung duit emas semasa dia berbual-bual dengannya. Wanita tua itu tersenyum dan memeluk Syn erat sebelum mendukung cucunya.
Walaupun Syn tidak berkata apa-apa, mereka tahu dia bertanggungjawab pada kematian ibubapa gadis itu. Sehingga hari ini ianya membuatkan Michael mengigil bila memikirkannya. Kod moral Syn ialah kanak-kanak tidak boleh merana dan jika dia boleh berbuat sesuatu mengenainya... dia akan. Syn tidak kisah siapa ibubapa itu atau apa mereka mahu. Dia percaya ibubapa yang mendera memang patut dihukum seperti yang mereka lakukan pada anak-anak mereka.
Bila Michael bertanyakan tentang kebolehan Syn merawat budak itu, dia memberikan senyuman sabar.
"Kuasa itu ada di dalam semua yang kebal. Berbanding kekebalan... kamu masih budak, jadi kebanyakan kuasamu juga. Dalam masa, kuasa itu membesar. Tentang kuasa apa yang kamu ada... cuma rohmu boleh pilih. Jika merawat adalah kuasa yang rohmu berikan, kamu cuma perlu mahukannya dengan kuat".
Melihat balik ke harimau bintang yang cedera itu, dia faham. Melihat Alicia menangis seperti itu adalah motivasi yang cukup untuk mahukannya cukup kuat. Michael perlahan-lahan berdiri dan mendekati Micah. Bila dekat, dia boleh terhidu infeksi yang menular dalam badan harimau bintang itu. Jika apa-apa berlaku kepada harimau bintang itu, dia pasti Alicia akan menangis dan dia tidak mahu Alicia menangis.
Michael meletak tangannya ke dada Micah dan teringat sensasi yang dia rasa bila dia dan Dean menyentuh Kane. Menumpukan fikirannya pada kemahuannya melihat Alicia tersenyum, dia dapat rasakan kemahuannya itu mengalir dari tubuhnya ke tubuh yang dia tahu membahagiakan Alicia. Micah mula bersinar lembut dan Michael menunggu jika dia boleh melihat roh Micah seperti dia melihat roh Kane. Selepas seketika, dia akur yang itu adalah kuasa Dean... bukan dia.
Jika ada sesiapa lain di bilik itu dengannya, mereka boleh melihat perubahan yang berlaku. Mata Michael mula bersinar biru kehijauan gelap dan rohnya perlahan-lahan menunjukkan dirinya, berlapis dengan tubuh fizikalnya.
Michael boleh rasa sebahagian dari dirinya masuk ke dalam badan harimau bintang itu... mengalir melalui darahnya. Dia bernafas lega bila bau infeksi mula hilang dari bilik itu. Dia tidak nampak di bawah kain pembalut luka untuk kepastian, tapi dia nampak bila lebam dan luka di muka Micah beransur pulih dan hilang.
Menarik tangannya, Michael tersentak ke belakang. Mengangkat tangan ke matanya untuk menenangkan kepeningannya, dia terkejut ada air mata di bulu mata dan pipinya. Dia kaku sekejap teringat yang dia juga menangis bila Dean mengambil tangannya dan meletaknya ke atas badan Kane yang tenat.
Adakah itu maksud Syn bila berkata mahukan sesuatu dengan kuat?. Adakah hati dan mindanya mesti tepat berada di tempat sama untuk ianya berlaku?.
Michael melihat ke tangannya dan mengeluh. Dia berharap Syn ada di situ untuk jawab soalan-soalan barunya. Syn sudah bangkit sekarang, tapi sepanjang masa yang dia ingat, Syn tidak pernah tinggal tetap di satu tempat... dia sentiasa cuma lalu sahaja. Dia pernah tanya Syn sekali apa yang dicarinya, tapi Syn cuma tersenyum dengan pandangan jauh di matanya dan jawab, "Ada rahsia yang perlu disimpan".
Mungkin dia akan dapat tahu nanti... sekarang dia perlu pulang dan berehat. Merawat harimau bintang itu meletihkannya dan dia perlu berehat dan mengembalikan tenaganya. Menoleh ke Micah, Michael memutuskan dia ada satu lagi perkara untuk dilakukan bagi menutup jejaknya dan menyatukan adik beradiknya.
Meletakkan tangannya ke pipi Micah, dia bisik namanya, menyebabkan harimau bintang itu cukup sedar untuk mendengar suaranya. Bila bulu mata Micah terkebil, Michael beritahunya maklumat yang membuatkan tempat tinggal Alicia dirahsiakan sehingga dia dibenarkan datang padanya.
*****
Trevor memberhentikan kereta di hadapan Dansa Bulan sebelum memparkirnya. Melihat Envy cedera memendekkan nyawanya sepuluh tahun... itu yang dirasanya. Dia ditembak seperti itu cuma menguatkan azamnya yang dia betul bila cuba tidak memberitahunya tentang dunia paranormal dan penglibatannya di situ untuk sekian lama. Dengan menyimpan rahsia itu, dia boleh mengeluarkannya dari zon bahaya.
"Selamat pulang ke rumah", dia mengomel tanpa melihat mereka. Keluar dari kereta, Trevor berjalan keliling kereta untuk buka pintu Envy tapi Devon lebih cepat.
Devon beri pandangan sinis pada Trevor dan dia