Lampu Malam (Buku 2 Perjanjian Darah). Amy BlankenshipЧитать онлайн книгу.
Dia memberi Trevor senyuman lebar seakan dia tidak kisah. "Tapi ianya okay, saya tidak kisah memburu sendirian".
Trevor tersengeh dan menyilang tangan di atas bar. Dia menyandar ke hadapan sedikit dan beri isyarat pada Kat untuk buat yang sama dan bisik dua perkataan.
"Bukan seorang", dia mengeleng kepala.
Quinn dan Warren berhenti semasa turun ke kelab malam itu. Warren tahu mereka terlebih pekerja malam ini jadi bar itu boleh dilayan tapi itu tidak menghentinya dari membuat beberapa lagi pesanan.
Semasa berbuat itu, Quinn hampir merenung tembus ke Trevor. Dia tidak berkelip menonton skrin tadi, melihat Trevor memegang pergelangan Kat... atau tarian emosi selepas itu. Berapa rapatnya Kat dengan lelaki itu?. Cara mereka berinteraksi, ia seakan mereka berkongsi rahsia yang tidak diketahui semua yang lain dan itu mengusarkannya.
"Siapa itu dengan Kat?" tanya Quinn bila Warren habis bercakap di alat hubungan.
Warren berpusing melihat bekas pacar Envy. Dia rasa Kat beritahu Trevor yang Envy sudah berpunya, yaitu satu idea bagus sebab jika Trevor tidak mencari Envy di bar itu, mungkin penyiasat paranormal itu akan tukar perhatian ke tempat lain.
"Itu orang sini yang suka tunjuk kuat dan suka ditaser oleh wanita cantik", Warren tersengeh pada jenakanya. Bila Quinn tidak tersenyum, ia membuatnya berharap untuk berpasangan dengan Michael. Dia mushkil jika ianya tidak terlambat menukar pasangan kemudian padamkan fikirannya itu. Quinn berpasangan dengan Kane akan lebih membinasakan.
Trevor rasa seseorang merenungnya dan menoleh ke pintu. Dia belum sempat hilang terkejut bila nampak Quinn Wilder dan Warren Santos. Jika dia tidak mengesyaki apa yang dilakukannya, Trevor akan percaya kedua-dua orang inilah yang terlibat dalam pembunuhan itu dan sedang merancang yang seterusnya. Tapi cara pemikiran seperti itu bagus untuk si bodoh dalam pasukan polis.
"Kenapa pemilik Lampu Malam ada di sini?" tanya Trevor menoleh ke Kat.
"Kami semua cuba mencari penyelesaian masalah langsuir", kata Kat bila matanya bersetentang dengan Quinn. Oh ya, dia nampak gusar. Hanya untuk periksa teorinya, dia menyandar rapat ke Trevor seperti sedang berbisik manja di telinganya, "Kamu ada senjata untuk kita guna sebagai kelebihan?" dia mengenyit tahu dia sudah ada teman malam itu.
Trevor memikirkan sekejap, membuat senarai dalam mindanya apa yang dia ada di but keretanya.
"Ya, saya ada beberapa dalam kereta", ujar Trevor. "Kita perlu ke rumahku untuk dapatkan selebihnya yang ada dalam peti simpanan".
‘Bagus’, fikir Kat dalam hati.
Bila Warren dan Quinn berjalan melepasi bar, Warren sekali lagi diganggu alat hubungannya yang dipasang di telinganya. Quinn tidak kisah gangguan itu. Ia memberinya sedikit masa untuk mengetahui apa yang berlaku pada dua pasangan yang gembira di bar itu.
Kat lihat Quinn datang dan cepat-cepat bergerak ke sebelah sana bar supaya Trevor tidak dengar dan Quinn tidak boleh mengetahui rancangannnya. Mencapai satu botol, dia berpusing dan mendapati Quinn berdiri antaranya dan bar.
"Boleh saya bantu kamu, tuan?" tanya Kat sinis sambil angkat keningnya. "Kamu tahu pelanggan tidak dibenarkan masuk ke bar".
Quinn melangkah dekat lagi walaupun ianya sempit. Meletakkan tangan di para sebelah tangan Kat, dia mengurungnya di tempat itu. Melihat matanya melurut ke lelaki yang dia bercakap tadi... Quinn menyeringai, "Jangan terganggu malam ini Kat. Saya beri amaran. Hanya kerana kamu tidak ikut berburu tidak bermakna langsuir tidak boleh jalan masuk pintu di bar ini".
Kat mengeluh tahu ini adalah taktik lama diguna semula. Buat seseorang fikir dia penting dengan memberinya kerja kecil selamat di tepi. "Saya baik sahaja", dia beritahunya sambil tunduk bawah tangannya dan pergi ke Trevor. "Jika saya perlu apa-apa, saya sudah ada seseorang yang boleh bantu". Kata-kata ang akhir itu berbunyi ghairah. Ianya tipu, tapi Quinn telah membuatnya marah.
Dia tersengeh dalam hati tahu Quinn fikir ianya seksual dan Trevor fikir ianya tentang memburu langsuir malam ini. Warren pula habis berhubung dan beri isyarat pada Quinn yang dia sedia untuk pergi.
Quinn mengetap bibir mendekati Kat dari belakang dan menyandar, hampir sentuh bibirnya ke telinga Kat, "Diharap malam ini selamat". Dia lihat dengan puas bulu leher Kat meremang sehingga ke bahu.
Kat mencengkam tepi bar bila lututnya longgar. Menenangkan diri dia terlompat bila Michael bersuara di belakangnya.
"Hati-hati bagaimana kamu main ekor kucing, sayang", Michael beri peringatan kemudian mengangguk ke Trevor sebelum pergi berjumpa Kane di atap.
Trevor berkerut pada riak terkejut di muka Kat. "Adakah itu langsuir?".
"Tidak, itu jejaka dan dia membantu kita buru raksaksa yang sebenar", kata Kat tegas dan sambung dalam hati, dan dia yang tidak kisah saya pergi memburu malam ini. "Tapi, kita mungkin terlewat. Kamu sudah bersedia untuk pergi?".
*****
Kane sedang berlegar-legar di atap, merokok dan sekali-sekala melambai-lambai tangannya. Dia mula hilang sabar menunggu Michael.
"Harimau kumbang dan harimau bintang", dia mengomel. "Mereka lebih teruk dari kucing peliharaan. Semuanya perlu menguasai yang lain. Saya lagi suka bersama anjing hutan liar dari mereka".
Michael datang dari tepi atap di belakang Kane, menangkapnya semasa mengutuk marah. Dia berkerut bila Kane tiba-tiba senyap dan menoleh ke sisi mengetahui kedatangannya.
"Cilaka Kane, adakah kita akan berbincang apa yang mengusarkanmu atau tidak?" tanya Michael sambil datang lebih dekat.
"Atau tidak", jawab Kane.
"Baiklah", Michael senyap tahu Kane benci perlakuan senyap lebih dari bergaduh. Dia suka jika dia betul.
Kane berjalan ke tepi bangunan, menjarakkan mereka. Dia lupa Michael boleh gerak senyap... yang sudah lama tidak dilakukannya. "Raven nampaknya kecewa yang tenteranya kurang di gudang... yang gila-gila sudah hilang. Jangkaanku langsuir-langsuir yang tidak hadir pesta kecil kematian kita perlukan tempat rehat waktu siang, jadi saya akan periksa di situ".
Michael tidak bersuara bila Kane sekali lagi lompat dari tepi atap dan mendarat di kaki lima di bawah. Semasa dia melangkah ke tepi bersedia untuk lompat seperti Kane, sesuatu di atap di seberang jalan menarik perhatiannya.
Menumpu pandangan padanya, Michael nampak bayang-bayang sebelum ia hilang. Sesuatu tentang bayang-bayang itu seakan dikenalinya tapi dia tidak dapat ingatnya.
Adakah Kane ada pengintip atau dia diburu?. Cuba mengenepikan perasaannya untuk sekarang, dia pandang ke bawah dan tersenyum bila jatuh. Walaupun dia tidak nampak Kane, dan dia tahu jalan ke gudang itu, tapi dia tidak ikut jalan itu dan ikut tarikan darahnya yang ada di urat-urat Kane. Bila sampai ke gudang itu, dia boleh dengar jeritan langsuir-langsuir yang Kane tangkap tanpa disedari.
Dia berhenti di pintu mengunakan penglihatan dipertingkatkannya untuk melihat ke kegelapan dalam ruang yang besar itu. Kane dipegang dua langsuir Dan beberapa lagi fikir taktik serangan berpasangan adalah idea yang baik. Melangkah ke dalam, dia tarik pintu tutup di belakangnya dan bergerak ke hadapan bila suara Kane bergema.
"Biar saya buat ini. Cuma jangan beri mereka lepas kamu", kata Kane sedikit tercungap sambil dia memusing leher langsuir yang cuba mengoyakkan tekaknya. Dia tersentap bila taring terbenam di bahunya, membuatnya hilang pegangan ke atas yang satu tadi.
Kedua kening Michael tersembunyi bawah rambutnya yang kusut tapi dia bersandar ke pintu. "Baiklah, jika kamu pasti". Dia memeluk tubuh dan merehatkan badannya ke besi itu.
"Tapi... saya bosan", katanya selepas seketika dan melihat ke langsuir-langsuir tanpa roh yang belum berlawan. "Saya harap salah satu darimu boleh membantu dan lari untuk itu?".
Bila Kane berjaya mencabut kepala langsuir pertama, satu di tepinya buat apa yang Michael suruh, tapi tangan Kane mencapainya dan memegangnya pada jaket kulitnya. "Saya rasa tidak", dia menyeringai dan tariknya untuk berlawan.
"Ibumu tidak ajarmu berkongsi?" Michael tersenyum bila melihat Kane dibelasah teruk. Dia rasa Kane perlu kesakitan itu untuk rasa hidup masa ini. Dia tidak sangsi Kane akan jadi