Bayangan Cinta. Dawn BrowerЧитать онлайн книгу.
menelan air liurnya, takut dengan soalannya. Bagaimana dia harus menjawab soalan itu? Adakah dia betul-betul maksudkannya, dan jika ya, adakah dia sedar yang Anya bukanlah wanita yang mereka sangkakan. Anya tidak sempat untuk menjawab soalannya apabila seorang pembantu rumah datang meletakkan pinggan di hadapannya dan mengisikannya dengan telur hancur, daging, dan roti bakar. “Terima kasih,” kata Anya. Dia menahan dirinya. Kepalanya masih sakit dan sekarang perutnya pula rasa sakit. Dia memandang ke hadapan dan tersentak apabila matanya bertemu dengan mata gadis di hadapannya. Di hadapannya, dia tidak sedar... “Lady Vivian,” katanya dengan penuh berhati-hati. Tak mungkin...
“Ya,” kata Lady Vivian, bingung. “Kenapa?”
Kali terakhir Anya lihat Lady Vivian adalah ketika dia berada di pejabat Institut Filem British. Dia jauh lebih tua dari gadis yang sedang berada di hadapannya ini. Dia bukan sekadar dapati dirinya dalam tubuh orang lain, tetapi dia juga telah pergi ke masa lalu. Apa yang patut dia katakan? Dia tidak dapat berkata, “Oh, kamu bukan Lady Vivian yang saya kenali.” Secara teknikalnya, mereka adalah orang yang sama, cuma versi yang muda. Versi yang dia tidak kenali dan tidak sepatutnya kenali... Anya sendiri pun belum dilahirkan. Sekurang-kurangnya dia fikir begitu... Dia tidak pasti dia berada di tahun berapa, dan dia hanya teka berdasarkan rupa Lady Vivian... Dia bermasam muka.
“Tiada apa apa,” katanya dengan perlahan. “Maafkan saya. Saya ada sakit kepala yang sangat teruk, dan ia membuatkan saya sukar untuk berfikir dengan baik.”
“Kesiannya kamu,” kata duchess. “Kenapa tak katakan sesuatu. Mungkin saya boleh dapatkan seseorang untuk bawakan kamu sesuatu untuk ubatinya.” Dia memetik jarinya ke arah pembantu rumah yang berdekatan, dan bergerak ke tempat lain. Dia kembali tidak lama kemudian bersama dua biji aspirin, dan Anya mengambilnya. Dia terus menelannya tanpa berfikir panjang, bersyukur dia ada sesuatu untuk ubati sakit kepalanya.
Duke mencapai senaskah surat khabar dan membukanya luas. Anya hampir tersentak sekali lagi, tetapi dia cuba menahannya. Tajuk utama akhbar itu merisaukan Anya dan pelbagai perkara bermain di mindanya. Jerman berada di muka hadapan dan tengah-tengah akhbar itu. Tarikhnya September 1933, dan penganiayaan masyarakat Yahudi baru sahaja bermula. Dia menelan air liurnya. Beberapa persoalannya telah terjawab... Seperti, dia sudah pun dilahir, tetapi umurnya belum capai tiga tahun. Dia tidak tahu apa dia patut lakukan atau bagaimana dia perlu bertindak. Tiada satu pun yang masuk akal.
“Ida kata dia sudah sediakan semua bagasi kamu,” duchess itu mula bersuara. Anya perlu cuba untuk ingat kembali namanya. Dia tahu... Kalau lah kepalanya tidak sebegitu sakit. “Kamu dah bersedia untuk perjalanan jauh?”
Yang lebih penting, siapa Ida? Jawapannya muncul... wanita tua itu... pembantu rumah itu. “Ya.” Anya tiada jawapan lain untuk... Brianne. Nama ibu Vivian ialah Brianne. Namun ia tidak sesuai untuk digunakan. Dia patut kata Tuanku dan ikuti etika yang betul. “Dia ada beritahu ketika dia kejutkan saya...” Sekejap... dia juga ada beritahu yang Anya akan ke Jerman. Anya sumpah seranah dalam diam. Itulah tempat terakhir yang dia ingin berada pada tahun 1933. Peperangan itu sangat dasyat dan dia tidak ingin untuk mengalaminya secara langsung, dan di salah satu tempat utamanya yang paling dasyat.
“Dia cekap,” kata duchess itu dan turut tersenyum. “Gembira berada dengan kamu di sini. Ayah kamu cukup baik untuk membantu kami ketika kami pergi ke New York dua tahun yang lalu. Seperti yang kamu tahu, keluarga saya tinggal di South Carolina dan mempunyai sebuah rumah di New York.” Dia tahu akannya... namun dia telah lupa. “Vivian...” Dia memandang anak perempuannya “... tersesat di Central Park. Tanpa bantuan ayah kamu, kemungkinan kami tidak akan jumpainya.
Hmmm. Menarik. Nampaknya Lady Vivian seorang yang nakal. Tidak langsung ia menyerupai wanita yang Anya kenali. Jika dia dapat pulang ke tubuhnya dan masanya kembali, mungkin Anya akan tanyakan Lady Vivian tentang apa yang dia lakukan seorang diri di Central Park pada umur 14 tahun. “Ayah saya gembira dapat membantu.” Anya berharap agar itu suatu kebenaran. Anya tidak kenal langsung siapa “ayah”nya.
“Edward Wegner ialah seorang lelaki yang baik. Saya harap dia gembira dengan kerja barunya dengan Duta di Jerman.” Duke itu melipatkan akhbarnya dan meletakkannya di tepi. “Namun, saya tak pasti dia akan berada lama di sana jika keadaan tidak berubah.” Duke itu mengeluh. “Perang Besar itu sungguh dasyat. Tiada siapa ingin laluinya sekali lagi, tetapi saya takuti yang kita mungkin akan menghadapi satu lagi peperangan.”
Duke itu tidak tahu betapa betulnya dia. Anya menelan air liurnya sekali lagi dan cuba untuk makan. Dia mencedok telur dengan garfu dan sumbat ke dalam mulutnya. Tiada siapa harapkan dia untuk berkata apa-apa ketika dia mengunyah.
“Jangan takutkan dia, Julian,” kata duchess. “Dia sudah pun sedang mengalami banyak masalah.” Senyum duchess itu kepada Anya. “Kamu pernah pergi ke Jerman. Adakah tempatnya cantik... apa yang kamu telah lihat?” Ada sesuatu yang tidak dapat Anya kenalpasti dengan tona suara duchess itu. Pernahkah dia ke Jerman? Jika Anya mengingatinya betul-betul, duke tersebut pernah menjadi seorang pengintip ketika perang dunia pertama. Dia mungkin pernah ke Jerman, tetapi duchess itu seorang warga Amerika. Barangkali dia berada di rumah dengan selamat.
Anya telah telurnya, dan ia sakit sebaik mereka turun ke tekaknya. Dia mengangguk. “Ya.” Satu perkataan pun cukup, kan?
“Saya faham yang kamu sudah bertunang,” kata duke itu.
“Ya?” Itu tidak sepatutnya berbunyi seperti satu soalan. Jika begitu, kenapa dia akan ke Jerman?
Duchess itu ketawa. “Kamu mungkin perlu fikirkan semula tentang hubungan kamu jika kamu tidak pasti. Ayah kamu kata dia bekerja dalam Askar Jerman... seorang pegawai berpangkat tinggi.”
Apa yang Ana ini fikirkan? Adakah dia percayakan seorang Nazi? “Saya pasti ia adalah pilihan yang tepat.” Sekurang-kurang, itulah apa yang dia harapkan. Mungkin Ana cintakan lelaki itu. Anya tidak mahu rosakkan hubungan mereka.
“Apa pun,” kata duchess itu lagi. “Kamu masih mempunyai kehidupan yang panjang. Ada keputusan yang tidak boleh senang-senang ditarik, dan mencintai seorang lelaki yang kamu bakal kahwini tidak sepatutnya menjadi keputusan yang susah.”
“Saya setuju,” jawab Anya, dan dia benar-benar maksudkannya. Apabila dia berkahwin, dia merancang untuk mencintai lelaki itu sebaik mungkin. “Minta maaf tetapi saya minta ambil diri terlebih dahulu. Saya ingin bersihkan diri sebelum saya pergi.”
“Baiklah,” kata duchess itu. “Sekiranya saya tidak dapat jumpa kamu sebelum kamu pergi, selamat menempuh perjalanan.”
Dengan kata-kata itu, Anya tinggalkan bilik itu. Masih banyak dia belum tahu, tetapi apa yang sudah dia ketahui cukup untuk membuatkan dia terkedu. Ini tidak bagus... langsung...
3
BAB 3
Oktober 1933
Anya merenung ke luar tingkap kereta dalam perjalanan dari stesen kereta api ke lokasi sementara kedutaan Amerika. Dia tidak tahu apa itu erti masa. Lebih-lebih lagi dalam situasi di mana dia tidak berada di tempat asalnya. Semua orang percaya yang dia ialah Anastasia Wegner, anak perempuan kakitangan Duta Besar William Dodd.
Setahu Anya, dia tiada langsung persamaan dengan Anastasia. Ana tiada cita-cita yang tersendiri dan seorang anak perempuan yang patuh. Dia juga bersetuju untuk bertunang dengan seorang pegawai Jerman. Loya rasanya apabila memikirkan yang dia bakal berkahwin dengan seorang Nazi. Dia tidak dapat lakukannya. Ada satu sahaja persamaan dengan dirinya, satu sahaja: cincin berbentuk opal di jarinya. Ia serupa dengan tinggalan neneknya... dari corak daun floral di logam perak hinggalah ke opal yang berbentuk bulat.
Pada awalnya, dia tidak perasan akan persamaan itu. Dengan segala yang telah berlaku dari bangunnya dia dari tidurnya dan betapa sakitnya kepala Anya, dia terlepas pandang satu perhiasan yang Anya... Ana pakaikan. Mungkin ini kebetulan, tetapi dia tidak rasakan begitu. Ini cincin pertunangan