Perkara-Perkara Merbahaya (Buku 3 Siri Perjanjian Darah). Amy BlankenshipЧитать онлайн книгу.
menutup matanya dan menoleh ke arah lain. "Ya, saya patut tahu... kan?" perlinya kemudian memandang kembali sementara Jewel berkejar melepasinya. Cemas, Steven menangkapnya di pinggang dan menariknya dekat, "Celaka, tunggu!" dia menyerah.
Jewel mula menggeliat darinya jadi dia menariknya lebih rapat ke dadanya. "Jika kamu mahu memerangkapnya silakan, tapi kamu tidak mampu lakukannya seorang. Biar kami bantu".
Jewel menolak dari dadanya menyandar ke belakang untuk merenung padanya. "Kenapa? Supaya kamu pun tergantung di atas salib juga?". Dia mahu menjerit bila gambaran itu masuk ke mindanya. "Saya tidak mahu itu berlaku".
Dia tidak pasti apa perasaannya terhadap Steven tapi bayangan dia mati seperti itu membuatkannya rasa seperti ditikam di dada. "Jika kamu lepaskan saya sekarang, dia tiada sebab menyerangmu". Dia menggenggam hadapan bajunya dalam tangan kecilnya. "Kamu akan selamat... dan hidup".
"Dia akan menyerangmu juga", beritahu Steven kemudian melakarkan jarinya ke atas tanda cinta yang diberinya. Dia senyum sopan bila dia rasa Jewel menggigil pada sentuhannya. "Seperti saya kata, ini kehidupan nyata. Jika kamu pergi kepadanya dan dia nampak tanda cinta itu, dia akan mencariku walau apapun yang kamu kata atau buat".
Jewel menyandar pada kehangatan padu yang dianjurkan Steven dan menutup matanya. Dia rasa kemarahannya hilang dalam keselamatan pelukannya dan mahu menghentak kakinya dalam kehampaan. Kesedihan kehilangan ayahnya bermula semula tapi dia tidak akan menangis.
Steven memeluk Jewel dengan lebih ketat. Dia tidak menyalahkannya atas perlakuannya. Jika Anthony baru sahaja membunuh ayahnya, tiada kuasa di dunia atau akhirat akan berjaya menahannya dari bertindak.
"Lihat, bagaimana jika begini?" tanyanya menyandar sedikit ke belakang dan mengangkat muka Jewel padanya. "Kita akan adakan pertemuan pagi ini dan semua akan hadir. Kita akan bantumu fikirkan sesuatu yang lebih baik dari kamu menyerah padanya. Lagipun, dengan kita kamu ada tentera bersamamu. Tanpa kita, kamu akan berlawan dengan kumpulan serigala jadian dan walau apapun yang kamu lakukan... Anthony akan menangkapmu". Dia membelai pipinya sementara mencari dalam matanya, "Dan saya tidak mahu Anthony menangkapmu".
Jewel menundukkan pandangannya ke dada Steven dan menarik nafas tersekat-sekat yang panjang. Dia betul. Dia tidak mahu ada berdekatan raksaksa itu selepas apa yang dilakukannya. Dia mendekap telinganya ke dada Steven mendengar degupan jantungnya yang kuat dan bertenaga. Berapa kali dia telah menyelamatkannya dari langsuir, dari Anthony, dan sekarang dari diri sendiri yang bodoh?.
"Bolehkah kamu memelukku malam ini?" Jewel berbisik tahu jika dia melepaskannya, ketakutannya selama beberapa jam yang lepas akan timbul semula menakutkannya. Dia menoleh padanya dan mengunci renungannya dengan pandangan Steven yang tetap. Bibirnya merekah berahi sementara kejutan hangat membuak dari tengah-tengah badannya.
Bagaimana dia boleh mententeramkan kemarahannya dan membuatnya terasa kehangatan dalam masa yang sama? Dia cepat-cepat menoleh ke arah lain tidak mahu Steven membaca kecelaruannya.
Tanpa menjawab, Steven mengangkatnya dalam pelukannya, tendang pintu tutup dengan kaki, dan berjalan balik merentasi bilik itu dan meletakkannya di bucu katil. Dibuka kasutnya, dia cepat-cepat membuka kasut sendiri dan berbaring dengannya. Dia dengar tarikan nafas Jewel yang cepat bila dia merangkulnya dan melakukan posisi sudu dengannya. Ianya akan makan masa... tapi dia kejam jika melepaskan Jewel dengan senang.
Bab 3
Kriss masuk pangsapuri yang dikongsi dengan Tabatha dan mengunci pintu di belakangnya. Dia mencari Dean di mana-mana dan tidak jumpa dia atau jembalang yang dikejarnya.
Satu perkara tentang kaum mereka, jika mereka mahu menyorok, mereka tahu menghilangkan diri tanpa meninggalkan kesan di mana mereka berada. Dia boleh mengesan jembalang itu di mana sahaja walaupun dia tidak pernah nampak ia. Cuma setelah ianya dibebaskan yang dia tahu dia boleh merasai kehadiran ia. Dia masih boleh merasai kejahatan dari personaliti gelap itu walaupun berada di dalam rumah sendiri... ia membuatnya rasa gementar.
Berjalan di dalam pangsapuri gelap itu, Kriss melangkah ke bilik tidur Tabatha dan tersenyum melihat tubuh yang tenang tidur di katil. Dia memeluk tubuh seperti anak kucing memeluk bantal patung haiwan kegemarannya... seekor anjing Yorkie dengan lidahnya terjelir. Bantal haiwan itu sahaja adalah peninggalan semasa dia kecil yang dimilikinya. Beberapa tahun lalu, dia akhirnya berterus terang dan beritahunya cerita tentang Scrappy dan bagaimana anjing itu hilang bila dia pergi bercuti kali terakhir dengan ibubapanya.
Kriss mengeluh dan baring di katil sebelah Tabatha, memeluknya seperti satu selimut yang selamat. Seawal ianya berlaku, Tabatha menyandar dirinya ke belakang kepadanya.
"Kamu jumpa Dean?" tanyanya perlahan.
*****
Kane berjaya memboloskan dirinya; gembira Warren mengambil perhatian Michael cukup lama untuk dia lepas. Apa yang Michael dan Dean telah memperbetulkan apa yang Misery buat padanya telah memberinya semangat yang sangat jitu. Dia tidak berkeruan sekarang dan dia tidak boleh tenang duduk di pejabat Warren sambil terbayang jembalang penyedut-roh yang akan memberinya mimpi ngeri buat beberapa lama.
Dia melihat ke kegelapan awan dan tahu fajar hampir tiba. Mahu melarikan diri dari tengah-tengah bandar, dia bergerak melalui lorong-lorong dengan laju supaya sesiapa yang memerhati, mereka tidak boleh nampak dia dikelilingi mereka. Masalahnya ialah dia sekarang berada berbatu jauhnya dari rumah Michael.
Dia mahu melihat Scrappy dan memeluknya di atas sofa dengan sebotol wain, semangkuk besar popkon, dan... wayang cerita bencana? Kane menggeleng kepalanya... apa yang dia fikirkan? Scrappy sebenarnya yang akan memilih wayang mana, yang mungkin baik atau tidak buat masa ini. Mereka berdua suka wayang di mana haiwan boleh bercakap.
Kane memperlahankan dirinya dan memeriksa sekeliling bila dia terasa ada sesuatu yang menariknya ke situ. Mula-mula dia anggap ianya Misery yang menariknya. Dia menggeleng kepalanya lagi dan membuang perasaan itu bila bayangan Tabatha di gereja bermain di mindanya. Dia boleh rasakan kehadirannya dan, untuk pertama kalinya sepanjang malam, Kane lupa tentang raksaksa yang lucah di bawah katil dan yang bermain di dalam almari.
Tabatha ialah pasangan rohnya dan, sekarang bila dia sudah mengambil darahnya, ia menguatkan lagi talian itu. Sebab sebenar yang membuatkannya tidak mengambil perhatian sepanjang minggu lepas ialah sebab maklaikat yang jatuh... Kriss... yang membawanya jauh daripadanya, anak haram kedekut. Dia mula fikir dia menderita kebimbangan berpisah.
Bergerak menerusi bahagian bandar ini, dia sampai di rumahnya dalam beberapa minit. Mendarat senyap-senyap di atas bumbung rumah jirannya, dia berhenti sejenak untuk melihatnya menerusi tingkap bilik tidurnya. Pandangan tajam matanya melihat jelas rambutnya yang terurai di atas bantal dan bagaimana bibirnya merekah semasa dia bernafas. Dia tidak mengenal keamanan seperti yang dirasai sekarang... cuma melihatnya tidur.
Kane mengandaikan bagaimana rupanya melalui mata Tabatha. Adakah dia serupa raksaksa-raksaksa lain yang pernah dijumpai atau dimimpikannya? Adakah dia rasa betapa dalam perginya emosi terhadapnya?.
Dia hampir bangun dari merangkak di atas bumbung itu, bersedia pergi kepadanya bila dia terdengar Tabatha menangis dalam mindanya. Bunyi itu datang dari mimpinya tapi bunyi dalam mindanya membuatkannya terhenti kerana ia mengingatkannya kepada cara dia menangis semasa kecil bertahun yang lampau. Selama ini, semua yang dilakukannya membuat Tabatha kesakitan... membuatnya berdarah untuknya.
Kane menoleh untuk pergi bila dia nampak pintu bilik tidur Tabatha dibuka. Otot-ototnya mengerang bersedia menyerang penceroboh kemudian dia nampak maklaikat yang jatuh, Kriss, masuk ke bilik tidur Tabatha dan baring di sisinya di atas katil. Kane boleh tahu bahawa maklaikat yang jatuh itu bersedih tapi kemarahannya meningkat bila Kriss memeluk Tabatha, memegangnya erat seperti sepasang kekasih.
Dia merasakan ketenangannya pecah dan kemarahannya memuncak semasa memerhatikan mereka. Menumpukan perhatiannya, deria pendengarannya yang dipertingkat mula mendengar bisikan perbualan mereka. Dia mengerut sebentar bila mendapati kuasanya semakin bertambah dari dahulu. Dia terkejut dan kerutannya mendalam bila mendengar degupan jantung mereka walaupun berada agak jauh.
"Dean tidak mahu saya mengesannya", keluh Kriss berfikir jika ianya jembalang Dean yang mengganggu